mcmc
Kisah Kejayaan

SMART SERVICES – Mahmood Fakhreen Bin Mohd Zahid (Q4 2025)

Peserta Mahir Gajet

Latar belakang

En. Mahmood Fakhreen bin Mohd Zahid merupakan anak generasi Felda yang ke-2. Beliau dilahirkan dan dibesarkan dalam Felda Sungai Tengi. Menjalankan perniagaan sendiri. Memiliki empat orang anak iaitu tiga orang lelaki dan seorang perempuan.

Apa yang dipelajari melalui NADI

En. Fakhreen sudah lama menjadi ahli NADI. Dari dulu lagi beliau sememangnya sering mengunjungi NADI untuk mempelajari ICT. Kini, apabila NADI memperkenalkan pembelajaran sepanjang hayat iaitu NADI MAHIR yang memperkasakan kemahiran dengan kursus fotografi, memasak, menjahit, pertanian pintar dan kemahiran membaiki gajet.

Semasa sesi pertama, En. Fakhreen telah mengikuti kursus mahir pertanian pintar. Beliau banyak mempelajari dan menimba ilmu tentang pertanian pintar. Sering mengikuti kelas setiap minggu. Dalam modul pertanian pintar ianya dapat memberikan pemahaman komprehensif tentang bagaimana teknologi digital dapat diintegrasikan ke dalam proses pengambilan  keputusan dalam pertanian. Modul ini menitikberatkan pada penggunaan data, analitik dan alat cerdas untuk merancang strategi pertanian yang lebih efektif.

Pada sesi ke dua pula, beliau mengikuti kursus mahir baiki gajet. Mengikuti kelas pada setiap hari Isnin jam 09.30 pagi hingga 11.00 pagi. Kursus MAHIR BAIKI GAJET menawarkan Latihan berasaskan teori dan amali yang merangkumi penyelesaian masalah, mengenali komponen, membaik pulih perkakasan dan perisian telefon bimbit serta komputer riba.

Kelas Mahir Gajet yang di hadiri