|
Tarikh : 27 Oktober 2018 (Sabtu) Masa : 8.30 pagi – 1.00 tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Sg Tengi Peserta : Komuniti Setempat |
Tujuan
Program ini telah disertai oleh komuniti setempat Felda Sg Tengi. Tujuan utama Program Mesra bersama Komuniti Felda Sg Tengi ini diadakan adalah untuk menarik minat semua golongan penduduk sekitar Felda Sungai Tengi bagi mengenali dengan lebih rapat fungsi Pusat Internet ini dan mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan masyarakat setempat.
Aktiviti
Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk komuniti setempat yang sudi hadir bagi menjayakan program ini. Antaranya, Pertandingan Mewarna untuk pra sekolah/tadika KEMAS dan tahap satu (Tahun 1, 2 & 3) sekolah kebangsaan, Anyaman untuk tahap dua (Tahun 4, 5 & 6) sekolah kebangsaan, Cinta Hati Mama untuk kaum ibu & anak serta Musang Berjangggut untuk kaum ibu khususnya. Terdapat juga pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada pengunjung yang ingin tahu tahap kesihatan mereka dari segi Pemeriksaan Tekanan Darah, Gula Dalam Darah dan BMI (ukur tinggi & berat badan). Selain daripada itu, terdapat Ceramah Kesedaran Denggi yang telah disampaikan oleh pihak Unit Vektor, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kubu Bharu dalam program ini. Di samping itu, Advokasi & Kuiz Klik Dengan Bijak, Mobile E-waste & cabutan bertuah untuk 200 pengunjung yang terawal turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana.