Kehidupan ini semestinya penuh dengan tanda tanya serta kemusykilan. Internet memudahkan cara manusia untuk mencari sesuatu maklumat bagi mendapat jawapan kepada persoalan mengenai pelbagai perkara seperti amalan kesihatan atau simptom penyakit, tugasan sekolah atau kerja, kemahiran vokasional, politik, erti kehidupan, dan banyak lagi.
Namun kita harus berwaspada kerana lautan maklumat Internet sangat luas dan dalam di mana maklumat sahih, berfakta, dan positif bercampur aduk dengan keladak maklumat palsu.
Jadilah proaktif dan gunakan kemahiran literasi digital untuk akses, cari, selidik, dan menilai maklumat untuk mendapatkan jawapan kepada soalan yang dicari-cari.
Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna.
Kempen ini menggunapakai pendekatan yang memfokus kepada empati, mencetus tajuk perbualan, dan keceriaan.
#positifnproduktif
#klikdenganbijak
#kdb
#celikmedia
#celikmaklumat
#mediaandinformationliteracy
#digitalmedialiteracy
#literasimediadigital
#literasi
#fakenews
#beritapalsu
#maklumat
#Malaysia
#kualalumpur
#ootdmalaysia
#kempen
#miv
#malaysiaictvolunteer