Setiap cerita, video, hantaran, gambar, dan imej yang terdapat di Internet dicipta oleh seseorang atau sesuatu organisasi. Bahan-bahan ini membawa mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang untuk mencapai matlamat mereka.
Oleh itu, sebelum kita membuat keputusan untuk mempercayai sesuatu maklumat, selidiklah dahulu.
Pastikan maklumat tersebut berdasarkan fakta dan tidak hanya pandangan peribadi pengarang atau emosi semata-mata. Namun kadang-kadang fakta pun boleh diputarbelitkan untuk nampak menyakinkan.
Agak bahaya jika maklumat tersebut membawa agenda ideologi terpesong, perpecahan dan kerosakan dalam masyarakat, dan jenayah.
Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna.
Kempen ini menggunapakai pendekatan yang memfokus kepada empati, mencetus tajuk perbualan, dan keceriaan.
#positifnproduktif
#KlikDenganBijak
#celikmedia
#celikmaklumat
#mediaandinformationliteracy
#digitalmedialiteracy
#literasimediadigital
#literasi
#fakenews
#beritapalsu
#maklumat
#Malaysia
#kualalumpur
#ootdmalaysia
#kempen
#miv
#malaysiaictvolunteer