Pendidikan

Positif & Produktif – Fahami Hak Orang Lain

22 Positif Produktif Fahami Hak Orang Lain

Memang betul, kita ada hak untuk merealisasikan hak sebagai pengguna Internet. Seperti kita, orang lain juga mempunyai hak yang sama.

Oleh itu, dalam mengekspresi kebebasan bersuara, contohnya, kita perlu berhati-hati supaya tindakan kita itu tidak menindas hak orang lain.

Pandangan terhadap sesuatu isu boleh diberikan tanpa menghina pihak lain atau menggunakan kata-kata kesat.

Pastikan kandungan media digital yang kita cipta mengandungi elemen positif dan maklumatnya adalah sahih.

Hormati undang-undang hak cipta. Bila kita gunakan bahan orang lain, nyatakan sumbernya untuk memberi kredit kepada pencipta sebenar dan pastikan bahan tersebut tidak disalahguna.

Akhir sekali, hormati peraturan komuniti dalam talian yang kita sertai.

Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna.

Kempen ini menggunapakai pendekatan yang memfokus kepada empati, mencetus tajuk perbualan, dan keceriaan.

#positifnproduktif
#klikdenganbijak
#celikmedia
#celikmaklumat
#mediaandinformationliteracy
#digitalmedialiteracy
#literasimediadigital
#literasi
#fakenews
#beritapalsu
#maklumat
#Malaysia
#kualalumpur
#ootdmalaysia
#kempen
#miv
#malaysiaictvolunteer