Pendidikan

Positif & Produktif – Cipta Lebih Banyak Kandungan yang Memberi Suara kepada Isu Kemanusiaan

14 Positif Produktif Cipta Lebih Banyak Kandungan yang Memberi Suara kepada Isu Kemanusiaan

Rakyat Malaysia memang baik dan pemurah. ​

Asalkan ada orang yang memerlukan, berderu bantuan yang datang. Peniaga kecil-kecilan pun diserbu akibat perniagaan mereka di“viral”kan oleh netizen.​

Kita juga murah hati dalam memberikan sokongan moral kepada mereka yang membuka ruang peribadi dan berkongsi pengalaman hidup.​

Kandungan mengenai pengalaman kehidupan yang mengutarakan sifat kemanusiaan akan lebih memberi kesan kepada audiens dan seterusnya menggalakkan tindakan yang positif dan produktif.​

Kerjasama atau kolaborasi dengan orang lain membolehkan sesuatu tujuan itu dicapai dengan cepat dan mudah kerana kita semua mempunyai kelebihan masing-masing yang saling melengkapi.​

Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna. ​

Kempen ini menggunapakai pendekatan yang memfokus kepada empati, mencetus tajuk perbualan, dan keceriaan.​

#positifnproduktif
#klikdenganbijak
#KDB
#celikmedia
#celikmaklumat
#mediaandinformationliteracy
#digitalmedialiteracy
#literasimediadigital
#literasi
#fakenews
#beritapalsu
#maklumat ​
#Malaysia
#kualalumpur
#ootdmalaysia
#kempen
#miv
#malaysiaictvolunteer