Nak naik pangkat ke, mohon biasiswa pelajaran, atau minta kerja. Zaman sekarang ni majikan atau pemberi biasiswa dah canggih, ramai yang minta tengok akaun media sosial pemohon.
Oleh itu berhati-hati ketika berkata-kata. Hormati pandangan orang lain serta hak mereka walaupun kita tak setuju dengan mereka.
Tak mengapa jika kita tak setuju, tapi nyatakan pandangan kita dengan cara terhormat.
Berkomunikasi di Internet sangat berbeza dengan komunikasi secara bersemuka. Apa yang ingin dikatakan mungkin disalah tafsir. Perubahan kecil dalam intonasi tak mudah untuk digambarkan dan difahami oleh audiens.
Jangan lupa, apa yang dibuat di Internet akan kekal di ruangan siber. Perlakuan negatif akan menghantui hidup kita pada masa akan datang.
Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna.
Kempen ini menggunapakai pendekatan yang memfokus kepada empati, mencetus tajuk perbualan, dan keceriaan.
#positifnproduktif
#klikdenganbijak
#celikmedia
#celikmaklumat
#mediaandinformationliteracy
#digitalmedialiteracy
#literasimediadigital
#literasi
#fakenews
#beritapalsu
#maklumat
#Malaysia
#kualalumpur
#ootdmalaysia
#kempen
#miv
#malaysiaictvolunteer