Pendidikan

PERMOHONAN PENGAMBILAN MURID TINGKATAN 1 YAYASAN SELANGOR

#HEBAHAN | SAVE THE DATE
PERMOHONAN PENGAMBILAN MURID TINGKATAN 1 DI BAWAH PROGRAM RANCANGAN KHAS PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA – YAYASAN SELANGOR AKAN DIBUKA PADA 03 JANUARI 2024‼️
Tarikh Permohonan Dibuka:
03 Januari 2024
Tarikh Permohonan Ditutup:
15 Januari 2024
Tarikh Akhir Hantar Dokumen:
26 Januari 2024
KRITERIA KELAYAKAN PERMOHONAN:
i. Mendapat sekurang-kurangnya TP 3 untuk semua matapelajaran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 6 sekolah rendah.
ii. Bersekolah di sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia atau sekolah swasta yang berdaftar di Kementerian Pendidikan Malaysia (keutamaan untuk murid luar bandar)
iii. Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun (pemastautin mesti mengisi Borang Pengesahan Pemastautin).
iv. Pemohon dari keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita (pendapatan ibu bapa bahagi jumlah tanggungan) kurang RM2000.00 sebulan.
v. Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia.
Untuk makluman lanjut, sila layari laman web Yayasan Selangor :-
MOHON DIHEBAHKAN KEPADA IBU BAPA, SAUDARA-MARA DAN RAKAN-RAKAN SERTA MASYARAKAT SEKELILING ANDA! ???
Kerjasama dan sokongan semua amat dihargai. Terima Kasih.
Merujuk pautan berikut, Sila Like, Share, Subscribe & Follow Media Sosial Yayasan Selangor sebagai tanda sokongan anda.