Microsoft Publisher (Oktober 2019)
|
Tarikh : 13 Oktober 2019 (Ahad) Masa : 2.30 petang – 5.30 petang Lokasi : Pusat Internet Felda Sg Tengi Peserta : Belia/Surirumah |
Tujuan
- Memberi pendedahan kepada pelajar tentang perisian penerbitan meja yang dihasilkan oleh Microsoft. Ia boleh digunakan untuk menghasilkan bahan penerbitan yang baik dengan pilihan rekaan yang pelbagai, contohnya termasuklah risalah, kad ucapan, katalog, buletin dan sebagainya.
Aktiviti
- Petugas membantu pelajar membuat kad ucapan dengan membantu mereka memilih template yang telah disediakan dalam Microsoft publisher. Pelajar dibahagi kepada beberapa kumpulan dan diberi tugasan untuk menyiapkan kad ucapan mengikut kreativiti sendiri dengan bantuan petugas.
Aktiviti sampingan seperti Advokasi KDB “Tips klik dengan bijak” turut diadakan.