Media Sosial – Facebook Mac 2019
|
Tarikh : 9 Mac 2019 (Sabtu) Masa : 3.00 petang – 5.00 petang Lokasi : Pusat Internet Felda Sg Tengi Peserta : Surirumah dan Pelajar Sekolah |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memberi penerangan tentang penggunaan Facebook yang merupakan rangkaian untuk berhubung dengan pengguna lain melalui mesej peribadi atau awam.
Aktiviti
Petugas memberi taklimat dan penerangan kepada peserta mengenai cara membuat pendaftaran emel untuk membuka akaun Facebook, cara mengemaskini profile, dan mengajar cara-cara mengendalikan Facebook. Aktiviti sokongan seperti Tayangan video Klik Dengan Bijak turut diadakan.