SELAMAT DATANG KE NADI FELDA SG. TENGI
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Feklda Sg Tengi Selangor, mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. NADI merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM Bhd. dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 NADI Komuniti rintis untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2 dan 31 pusat untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan NADI sebagai lokasi untuk merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian komuniti berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020. Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap NADI diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan, di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan NADI sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut:
- e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
- e-Pembelajaran (e-Learning)
- Pengumpulan dan pertukaran maklumat
- Pusat Komunikasi
- Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
- Pusat peperiksaan dan persijilan.
Maklumat Petugas NADI Felda Sg. Tengi
| JAWATAN | Pengurus | Penolong Pengurus |
| NAMA | Pn Afizah binti Mat Ali | Cik Syarifah Saffa Shahirah binti Syed Shahidi |
| LULUSAN |
Ijazah Sarjana Muda (Sains) Kepujian Pengajian Maklumat Pengurusan Rekod |
Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Pusat Sumber |
| UNIVERSITI | Universiti Teknologi Maklumat (UiTM) Shah Alam | Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana, Shah Alam |
