Kelas Literasi ICT SRA Sg Tengi
Pelajar lelaki Tahun 5 tekun menaip pantas menggunakan Ms. Word

Hari Pertama

Hari Kedua
Tarikh : 31 Oktober-1 November 2017
Masa : 2.30-5.00 petang
Peserta : Pelajar Tahun 5 Sekolah Rendah Agama Sg Tengi
Tempat : Pusat Internet Felda Sg Tengi
Pada 31 Oktober-1 November 2017, Kelas Literasi ICT untuk pelajar Tahun 5 SRA Sg Tengi telah diadakan di Pusat Internet Felda Sg Tengi. Seramai lebih kurang 43 orang peserta telah hadir untuk bersama-sama menjayakan kelas ini. Antara tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk membantu pelajar menggunakan Ms. Word mengikut format yang betul.
KOSPEN Sihat Sejiwa (We Care 4U)

Poster program

Komuniti setempat yang menjayakan program
Tarikh : 18 November 2017
Masa : 9.00 pagi-12.00 tengahari
Peserta : Warga Emas, Belia (Wanita/Lelaki) & Kanak-kanak
Tempat : Pusat Internet Felda Sg Tengi
PI Felda Sg Tengi telah menganjurkan Program KOSPEN Sihat Sejiwa (We Care 4U) khusus untuk warga emas Felda Sg Tengi. Walau bagaimanapun, program ini turut disertai Belia Wanita/Lelaki. Terdapat seramai 38 orang pengunjung termasuk kanak-kanak telah hadir bagi menjayakan program ini. Namun, hanya 27 orang sahaja yang terlibat dalam saringan kesihatan. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha menangani masalah peningkatan bebanan Penyakit Tidak Berjangkit (Non Communicable Disease, NCD) di negara ini.
