Kelas Literasi ICT
|
Tarikh : 1-31 Mac 2018 Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang Lokasi : Pusat Internet Felda Sg Tengi Peserta : Surirumah, Pelajar Sekolah Rendah, Belia, Pelajar Sekolah Menengah, Usahawan (IKS) dan Lepasan Sekolah |
Tujuan :
Program ini telah disertai oleh surirumah, pelajar sekolah rendah, belia, pelajar sekolah menengah, usahawan (IKS) dan lepasan sekolah Felda Sg Tengi. Tujuan utama Kelas Literasi ICT ini diadakan adalah untuk memberi bimbingan kepada peserta tentang penggunaan ICT dengan betul untuk melahirkan peserta celik IT.
Aktiviti :
Antara kelas literasi ICT tersebut ialah Klik dengan Bijak-Taklimat dan Tayangan Video, Microsoft Word, e-learning, Latihan Keusahawanan dan sebagainya.
PI for eRezeki Training – 2nd Phase
|
Tarikh : 15-16 Mac 2018 Masa : 9.30 pagi – 6.00 petang Lokasi : Pusat Internet Felda Sg Tengi Peserta : 10 PI1M terpilih (Selangor) |
Tujuan :
Program ini disertai oleh 10 Pengurus PI1M terpilih di kawasan Selangor. PI for eRezeki Training – 2nd Phase diadakan bertujuan untuk melatih 10 pengurus PI menjadi wakil eRezeki yang dianjurkan oleh MDEC. Program eRezeki adalah berdasarkan konsep crowdsourcing, dengan tumpuan khusus diberikan kepada model berasaskan perkhidmatan.
Aktiviti :
Peserta didedahkan mengenai eRezeki melalui Modul eRezeki seperti Pengenalan kepada Program eRezeki, Pendaftaran eRezeki.my & sebagainya yang disampaikan oleh En Muzaffar, wakil eRezeki MDEC.
KOSPEN (Sis Sado)
|
Tarikh : 17 Mac 2018 Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang Lokasi : Masjid Sg Tengi Peserta : Wanita Felda Sg Tengi |
Tujuan :
Program ini telah disertai oleh 47 orang Wanita Felda Sg Tengi. Tujuan Program Kospen Sis Sado ini diadakan adalah untuk memastikan golongan wanita sihat dan produktif melalui pembudayaan amalan gaya hidup sihat.Program ini juga membantu mereka memantau pengambilan kalori harian dengan memberi panduan cara pemakanan sihat. Dengan adanya program seperti ini, secara tidak langsung pihak PI telah memudahkan komuniti setempat membuat saringan kesihatan dan memantau tahap kesihatan mereka.
Aktiviti :
PI Felda Sg Tengi telah menganjurkan saringan kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan gula dalam darah dan BMI. Selain itu, Kursus Pengurusan Jenazah turut dianjurkan di dalam program ini.
Program PERMATA
|
Tarikh : 31 Mac 2018 Masa : 8.30 pagi – 3.00 petang Lokasi : Dewan Serbaguna Felda Sg Tengi Peserta : Komuniti setempat & orang luar |
Tujuan :
Program ini disertai oleh komuniti setempat Felda Sg Tengi dan orang luar. Program PERMATA adalah program khas untuk sekumpulan pelajar yang menunjukkan potensi intelek yang tinggi atau dikategorikan sebagai pelajar pintar cerdas akademik.
Aktiviti :
Peserta boleh menyertai Pemeriksaan Kesihatan, Tatarias, Parenting Talk dan Pasport PERMATA.