Karnival Muafakat @ Sg Tengi
|
Tarikh : 13 April 2018 Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang Lokasi : Dewan Serbaguna Felda Sg Tengi Peserta : Komuniti Setempat |
Tujuan :
Program ini telah disertai oleh komuniti setempat Felda Sg Tengi. Tujuan utama Karnival Muafakat @ Sg Tengi ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara pihak SERANTA dengan komuniti setempat.
Aktiviti :
Antaranya ialah Taklimat mengenai Belia, Cabutan Bertuah dan sebagainya.
KOSPEN BELIA CERGAS (LELAKI)
|
Tarikh : 21 April 2018 Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang Lokasi : PI Felda Sg Tengi/Gelanggang Futsal Peserta : Belia Lelaki Felda Sg Tengi |
Tujuan :
Program ini telah disertai oleh 23 orang Belia Lelaki Felda Sg Tengi. Tujuan Program Kospen Belia Cergas (Lelaki) ini diadakan adalah untuk memastikan golongan belia lelaki sihat dan produktif melalui pembudayaan amalan gaya hidup sihat.Program ini juga membantu mereka memantau pengambilan kalori harian dengan memberi panduan cara pemakanan sihat. Dengan adanya program seperti ini, secara tidak langsung pihak PI telah memudahkan komuniti setempat membuat saringan kesihatan dan memantau tahap kesihatan mereka.
Aktiviti :
PI Felda Sg Tengi telah menganjurkan saringan kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan gula dalam darah dan BMI. Selain itu, Kejohanan Futsal Terbuka turut dianjurkan di dalam program ini. Manakala, cabutan bertuah hanya untuk peserta yang membuat saringan kesihatan sahaja.
Kelas Literasi ICT
|
Tarikh : 1-30 April 2018 Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang Lokasi : Pusat Internet Felda Sg Tengi Peserta : Surirumah, Pelajar Sekolah Rendah, Belia, Pelajar Sekolah Menengah, Usahawan (IKS) dan Pelajar SRA |
Tujuan :
Program ini telah disertai oleh surirumah, pelajar sekolah rendah, belia, pelajar sekolah menengah, usahawan (IKS) dan pelajar SRA Felda Sg Tengi. Tujuan utama Kelas Literasi ICT ini diadakan adalah untuk memberi bimbingan kepada peserta tentang penggunaan ICT dengan betul untuk melahirkan peserta celik IT.
Aktiviti :
Antara kelas literasi ICT tersebut ialah Klik dengan Bijak-Taklimat dan Tayangan Video, Microsoft Power Point, e-learning, Latihan Keusahawanan dan sebagainya.