USAHAWAN FREELANCE GRAPHIC DESIGNER & PHOTOGRAPHER
|
Nama : Zulkifli bin Radzwan Umur : 33 tahun Ahli : 2014 |
Latar belakang
En. Zulkifli Bin Radzwan merupakan graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Seni Lukis Dan Seni Reka dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam
Setelah menamatkan pengajian, beliau mula berjinak-jinak dalam bidang seni reka dan mula membuat design hanya secara sambilan mengikut tempahan dari kalangan rakan-rakan dan ahli keluarga yang terdekat.
Berbekalkan ilmu yang diperolehi dan minat yang mendalam membuatkan beliau mengambil keputusan untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama sebagai freelance graphic designer dan photographer.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI
Sebelum menjadi ahli NADI, beliau hanya menerima tempahan design dan photo-shoot daripada kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan sahaja yang menyebabkan pendapatan bulanan beliau tidak begitu tinggi.
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200.00– RM350.00 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Namun apabila melibatkan diri sebagai ahli NADI Felda Sg. Tengi, sinar bagi beliau memajukan perniagaannya semakin meningkat. Setelah mendapat bimbingan daripada petugas NADI Felda Sg. Tengi, beliau sering mengikuti latihan yang dikendalikan oleh pihak NADI seperti latihan keusahawanan. Kini beliau telah memiliki serba sedikit kaedah yang betul berniaga menggunakan facebook page di mana ianya dapat mempromosikan hasil karya beliau. Beliau dapat menarik lebih ramai pelanggang dan memudahakn para pelanggan untuk membuat tempahan. Hasil daripada pengiklanan itu,pendapatan beliau kini mencecah RM1000 – RM2500.00 sebulan mengikut pada tempahan dan beberapa faktor seperti musim perkahwinan,musim jualan langsung dan sebagainya

