mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Suriani binti Utoh (Q4 2023)

USAHAWAN MAKANAN (LAUK PAUK & PELBAGAI JENIS NASI DAN MEE)

 Nama    Suriani binti Utoh

 Umur    : 41 tahun

 Ahli      : 2016

 

Latar Belakang

Suriani binti Utoh atau lebih mesra di panggil Puan Yani merupakan generasi ke-2 Felda Sg. Tengi dan telah mendirikan rumahtangga serta dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Puan Yani merupakan seorang surirumahtangga sepenuh masa. Namun disebabkan bebanan perbelanjaan yang saban hari semakin meningkat, Puan Yani tekad untuk membantu meringankan beban suaminya yang hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan. Puan Yani mula memberanikan diri menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menjual makanan seperti pelbagai jenis lauk-pauk, nasi, mee dan lain-lain. Pendapatan yang diperolehi Puan Yani sekitar RM200-RM300 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Saranan daripada sahabat baiknya yang menyarankan Puan Yani mengunjungi PEDi Felda Sg. Tengi telah menjadi titik tolak untuk kejayaan yang dikecapinya saat ini. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kesungguhan beliau dalam mengikuti setiap bengkel atau kelas usahawan di PEDi Puan Yani kini mampu tersenyum dengan hasil pendapatan kini mencecah RM1000-RM1500 sebulan.