mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Pn. Zanira binti Supaat (Q2 2020)

nasi dagang zanira

USAHAWAN MAKANAN (NASI DAGANG, NASI KERABU & DESERT)

 Nama    : Pn. Zanira binti Supaat

 Umur    : 40 tahun

 Ahli      : 2019

Latar belakang

Usahawan makanan (nasi dagang, nasi kerabu & desert)

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Puan Zanira binti Supaat, yang lebih mesra disapa Kak Za, berasal dari Teluk Intan, Perak. Beliau telah mendirikan rumahtangga denga anak peneroka Felda Sg. Tengi juga merupakan generasi kedua bagi Felda ini. Hasil dari perkahwinannya, beliau mempunyai seorang puteri tunggal. Beliau merupakan seorang surirumahtangga sepenuh masa. Di atas desakan factor ekonomi, beliau mula berjinak-jinak dengan berniaga secara kecil-kecilan.

Pendapatan beliau sekitar RM200.00 hingga RM300.00 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah menjadi ahli Pusat Internet di sini. beliau berpeluang menggunakan perkhidmatan Kelas ICT yang diadakan di PI secara percuma. Di PI, beliau mengikuti kelas-kelas ICT termasuk kelas Asas Komputer, Kelas Kemahiran Komputer seperti Microsoft, Publisher, Photoshop dan Movie Maker. Melalui kelas Publisher dan Photoshop, beliau dapat mempelajari cara-cara mudah untuk mengedit gambar dan menggunakan gambar tersebut untuk mempromosikan perkhidmatannya di laman sosial.

Selain itu, beliau juga diajar langkah-langkah yang mudah dalam mempromosikan perniagaannya di laman social seperti Facebook dan Instagram. Beliau diajar cara untuk mempromosi produk, mengambil tempahan, membuat bayaran atas talian dan mengemaskini ‘feedback’ pelanggan di laman social. Menurutnya lagi, dengan ilmu yang telah dipelajari di PI, ianya dapat membantu beliau dalam menguruskan perniagaan atas taliannya dengan lebih baik dan dapat meningkatkan lagi jumlah pendapatannya kerana dapat lebih ramai pelanggan di laman social.

Pendapatan beliau kini mencecah RM700 – RM1000.00 sebulan mengikut pada tempahan yang dibuat.

_______________________________________________________________________________________________________________________