USAHAWAN MAKANAN DELIVERY
|
Nama : Yang Rafida Binti Yeop Umur : 39 tahun Ahli : 2017 |
Latar belakang
Yang Rafida binti Yeop berasal daripada Ijok, Bestari Jaya, Selangor. Dilahirkan pada 14 September 1979 dan kini berusia 39 tahun. Telah mendirikan rumahtangga pada 6 Ogos 2009 dengan pasangannya Mohd Zulkifli, jejaka pilihan hati yang berasal daripada Felda Sg. Tengi dan kini berbahagia di samping suami dan tiga orang cahaya mata yang masing-masing berusia 8, 5 dan 2 tahun.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Yang Rafida atau lebih dikenali dengan nama ida Joy (gelaran diberikan gabungan nama dengan suaminya) amat meminati bidang masakan. Bertitik tolak dari situ, ida mendapat galakan daripada suami dan rakan-rakat terdekat untuk menjadikan hobi beliau sebagai salah satu sumber pendapatan.
Pada permulaannya, Ida Joy hanya menerima tempahan makanan daripada kenalan rapat dan jiran yang terdekat. Pendapatan bulanan beliau sekitar RM200-RM300 sahaja sebulan
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Ida Joy yang kini menetap di Felda Sg. Tengi, telah mengunjungi Pusat Internet Felda Sungai bagi mendapatkan khidmat nasihat dan tunjuk ajar para petugas Pusat Internet mengenai ilmu ICT. Di Pusat Internet, Ida Joy mempelajari asas perniagaan secara online. Secara tidak langsung Ida joy diberi khidmat nasihat serta panduan untuk menambahkan pendapatan dengan mengiklankan perniagaan makanan yang diusahakan itu secara atas talian.
Dengan bantuan petugas Pusat Internet, Puan Ida Joy kini telah pun memiliki akaun facebook dan ingstagram sendiri bagi mempromosikan perniagaan makanannya. Usaha beliau mendatangkan hasil apabila perniagaan yang dijalankan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan dan cuti persekolahan (perkahwinan). Beliau dapat menarik lebih ramai pelanggang dan pendapatannya kini mencecah RM1500 – RM2500.00.
________________________________________________________________________________________________________________________
