USAHAWAN MAKANAN (LAKSA MELETOP & PIZZA KAMPUNG DELICIOUSE BY TIMAH)
|
Nama : Pn. Siti Fatimah binti Arshad Umur : 38 tahun Ahli : 2013 |
Latar belakang
Usahawan Makanan (Laksa Meletop & Pizza Kampung Deliciouse by Timah)
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Puan Siti Fatimah Binti Arshad, yang berusia 38 tahun berasal daripada Tangjung Karang, Selangor. Beliau mendirikan rumahtangga pada 19 November 2005 dan dikurniakan cahaya mata seramai empat orang. Beliau pernah bekerja Di Kilang Hartalega sebagai operator pengeluaran namun mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana ingin menjaga anak-anak yang semakin membesar yang memerlukan perhatian lebih daripadanya. Menyedari kos sara hidup yang semakin tinggi, Timah mengambil keputusan untuk menjual makanan bagi menambah pendapatan keluarganya. Pada peringkat awalnya Timah menjual laksa dan pizza kepada jiran tetangga dan rakan-rakan terdekat.
Pendapatan beliau sekitar RM100.00 hingga RM150.00 sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah menjadi ahli Pusat Internet di sini. beliau berpeluang menggunakan perkhidmatan Kelas ICT yang diadakan di PI secara percuma. Di PI, beliau mengikuti kelas-kelas ICT termasuk kelas Asas Komputer, Kelas Kemahiran Komputer seperti Microsoft, Publisher, Photoshop dan Movie Maker. Melalui kelas Publisher dan Photoshop, beliau dapat mempelajari cara-cara mudah untuk mengedit gambar dan menggunakan gambar tersebut untuk mempromosikan perkhidmatannya di laman sosial.
Selain itu, beliau juga diajar langkah-langkah yang mudah dalam mempromosikan perniagaannya di laman social seperti Facebook dan Instagram. Beliau diajar cara untuk mempromosi produk, mengambil tempahan, membuat bayaran atas talian dan mengemaskini ‘feedback’ pelanggan di laman social. Menurutnya lagi, dengan ilmu yang telah dipelajari di PI, ianya dapat membantu beliau dalam menguruskan perniagaan atas taliannya dengan lebih baik dan dapat meningkatkan lagi jumlah pendapatannya kerana dapat lebih ramai pelanggan di laman social.
Pendapatan beliau kini mencecah RM500 – RM700.00 sebulan mengikut pada tempahan yang dibuat.
_______________________________________________________________________________________________________________________
