mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Pn. Ruszaini Binti Zainurdin (Q1 2021)

tudung zaza eza

USAHAWAN AKSESORI WANITA (TUDUNG & KOSMETIK)

 Nama    : Pn. Ruszaini binti Zainurdin

 Umur    : 33 tahun

 Ahli      : 2020

Latar belakang

Usahawan aksesori wanita (tudung & kosmetik).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Puan Ruszaini binti Zainurdin, atau lebih mesra disapa Zaza, berasal dari Bentong, Pahang. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Mahmud Farez Bin Mohamad Isro yang merupakan anak  peneroka Felda Sg. Tengi. Beliau dikurniakan seorang putera hasil perkongsian hidup dengan suami tercinta. Beliau merupakan seorang surirumahtangga. Pendapatan yang diperolehi oleh keluarga Pn. Zaza tidaklah seberapa, justeru dengan keadaan ekonomi dan memikirkan perbelanjaan isi rumah yang semakin meningkat, Puan Zaza mengambil keputusan untuk berniaga barangan kosmetik, tudung bawal dan kuih secara atas talian. 

Pendapatan beliau sekitar RM100.00 hingga RM200.00 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah menjadi ahli Pusat Internet di sini. beliau berpeluang menggunakan perkhidmatan Kelas ICT yang diadakan di PI secara percuma. Di PI, beliau mengikuti kelas-kelas ICT termasuk kelas Asas Komputer, Kelas Kemahiran Komputer seperti Microsoft, Publisher, Photoshop dan Movie Maker. Melalui kelas Publisher dan Photoshop, beliau dapat mempelajari cara-cara mudah untuk mengedit gambar dan menggunakan gambar tersebut untuk mempromosikan perkhidmatannya di laman sosial.

Selain itu, beliau juga diajar langkah-langkah yang mudah dalam mempromosikan perniagaannya di laman social seperti Facebook dan Instagram. Beliau diajar cara untuk mempromosi produk, mengambil tempahan, membuat bayaran atas talian dan mengemaskini ‘feedback’ pelanggan di laman social. Menurutnya lagi, dengan ilmu yang telah dipelajari di PI, ianya dapat membantu beliau dalam menguruskan perniagaan atas taliannya dengan lebih baik dan dapat meningkatkan lagi jumlah pendapatannya kerana dapat lebih ramai pelanggan di laman social.

Pendapatan beliau kini mencecah RM500 – RM800.00 sebulan mengikut pada tempahan yang dibuat.

_______________________________________________________________________________________________________________________