USAHAWAN PES MAKANAN
|
Nama : Rahayu Binti Abdullah Umur : 40 tahun Ahli : 2014 |
Latar belakang
Puan Rahayu binti Abdullah yang dilahirkan pada 13 Mac 1978 yang kini berusia 40 tahun merupakan anak jati Felda Soeharto. Kini, hampir 18 tahun Pn. Rahayu menetap di Felda Sg. Tengi setelah mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan hatinya En. Mahmud Faizul dan dikurniakan tiga orang cahayamata iaitu dua orang putera dan seorang puteri sebagai pengikat kebahagian mahligai mereka.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Puan Rahayu atau lebih mesra dengan panggilan Ayu merupakan tukang masak sepenuh masa di Kedai Makan Sajian Desa, Felda Sg. Tengi. Kedai Makan tersebut merupakan kedai makan milik keluarga suaminya. Beliau sudah lama berkhidmat sebagai tukang masak di situ. Pendapatan bulanan dia sebanyak RM1000 sebulan. Puan Rahayu berkebolehan dalam pelbagai jenis masakan. Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang masakan, Puan Rahayu mula memikirkan untuk membuka perniagaan sendiri yang berasaskan makanan. Maka tercetuslah perniagaan “Pes Homemade” pelbagai jenis masakan seperti Pes Rendang, Pes Masak Merah, Pes Tomyam, pes Ayam Raja Sehari, Pes Dendeng, Pes Pajeri dan Acar Ikan Masin Tualang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Puan Rahayu menyedari arus perniagaan masa kini lebih tertumpu kepada media social seperti Facebook dan Instagram (perniagaan secara atas talian), maka Puan Rahayu mengambil langkah pertama dengan mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet Felda Sg. Tengi. Puan Rahayu mempelajari asas penggunaan computer dan mula memahirkan diri dengan dunia teknologi maklumat. Berkat kesabaran dan kesungguhan beliau, kini puan Rahayu sudah mempu mengendalikan medium sosia untuk kegunaan perniagaannya. Sebelum ini pendapat yang diraih hanya sekitar RM800-RM1000 sebulan tetapi kini beliau mampu tersenyum puas dengan pendapatan bulanan yang mencecah RM3000-RM5000 sebulan.
___________________________________________________________________________________________________________________
