mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Pn. Nur Syamimi Zainudin (Q3 2017)

Mimi Buns

USAHAWAN MINI BUNS

 Nama    : Nur Syamimi Zainudin

 Umur    : 26 tahun

 Ahli      : 2015

Latar belakang

Nur Syamimi binti Zainudin yang lebih mesra dipanggil Mimi, adalah anak kepada peneroka Felda Sungai Tengi Selatan. Beliau berumur 26 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki. Setelah berkahwin, beliau memutuskan untuk membuat perniagaan kecil-kecilan menjual pelbagai makanan segera seperti roti mini, pocket doraemon, mini pizza dan sebagainya untuk membantu suami mencari pendapatan. Daripada menjual/berniaga kecil-kecilan dari rumah, kini beliau menerima banyak tempahan daripada komuniti setempat dan kejiranan setelah mempromosikan produknya di laman social facebook.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum melibatkan diri dengan Pusat Internet, Mimi hanya berniaga dari rumah yang pelanggannya hanya tertumpu kepada kejiranan terdekat, ahli keluarga dan juga sahabat rapat. Menurutnya, beliau kurang mahir untuk mempromosikan produknya di laman social berikutan tidak yakin produknya akan mendapat sambutan. Selain itu, beliau juga kurang mahir dalam melakukan perniagaan secara atas talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah menjadi ahli Pusat Internet di Felda Sg. Tengi, beliau berpeluang menggunakan perkhidmatan Kelas ICT yang diadakan di Pusat Internet secara percuma. Di Pusat Internet, beliau mengikuti kelas-kelas ICT termasuk kelas Asas Komputer, Kelas Kemahiran Komputer seperti Microsoft, Publisher, Photoshop dan Movie Maker. Melalui kelas Publisher dan Photoshop, beliau dapat mempelajari cara-cara mudah untuk mengedit gambar dan menggunakan gambar tersebut untuk mempromosikan perkhidmatannya di laman sosial. Selain itu, beliau juga diajar langkah-langkah yang mudah dalam mempromosikan perkhidmatannya di laman social seperti Facebook dan Instagram. Beliau diajar cara untuk mempromosi produk, mengambil tempahan, membuat bayaran atas talian dan mengemaskini ‘feedback’ pelanggan di laman social. Menurutnya lagi, dengan ilmu yang telah dipelajari di Pusat Internet, ianya dapat membantu beliau dalam menguruskan perniagaan atas taliannya dengan lebih baik dan dapat meningkatkan lagi jumlah pendapatannya kerana dapat lebih ramai pelanggan di laman social

____________________________________________________________________________________________________________________