USAHAWAN BAKERI (MEMBUAT KEK, ROTI, PASTRI, KUIH BAHULU GULUNG)
|
Nama : Nur Azlina Binti Abdul Rashid Umur : 45 tahun Ahli : 2013 |
Latar belakang
Usahawan bakeri (membuat kek, roti, pastry, kuih bahulu /gulung)
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum menjadi ahli Pusat Internet, beliau hanya menerima tempahan dalam menghasilkan kuih dan kek dari sekitar penduduk setempat dan kalangan keluarga dan rakan.
Hal ini menyebabkan produk beliau hanya dikenali di sekitar kampung dan kampung-kampung yang berhampiran sahaja. Maka, permintaan dari penduduk adalah sedikait dan mngikut musim.
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300.00– RM400.00 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Dengan menjadi salah seorang ahli di Pusat Internet, Pn. Azlina mula sedar dan tahu bahawa beliau boleh memajukan perniagaan bakerinya dengan mengunakan kemudahan internet yang disediakan melalui penghasilan laman sesawang (Facebook Page), dan laman perniagaan sendiri (blog).
Bukan hanya sekadar kemudahan internet dan latihan ict yang disediakan kepada beliau,bimbingan dan nasihat berkenaan lankah-langkah, serta kaedah memajukan perniagaan diatas talian turut diberikan kepada beliau secara berterusan. Hal ini membolehkan beliau sering ke Pusat Internet bagi mendapatkan bimbingan dan nasihat dalam perniagaannya di atas talian.
Hasil daripada pengiklanan di laman sesawang dan blog beliau, permintaan terhadap produk beliau semakin meningkat. Pendapatan beliau kini mencecah RM1500 – RM2000.00 sebulan mengikut pada tempahan yang dibuat.
__________________________________________________________________________________________________________________________
