USAHAWAN DODOL ANAZ TERABYTE
|
Nama : Norhayati Binti Ismail Umur : 41 tahun Ahli : 2015 |
Latar belakang
Puan Norhayati Binti Ismail merupalan isteri kepada En. Nazli Bin Selamat iaitu pengusaha dodol anaz terbyte. Mereka memulakan perniagaan dodol ini pada tahun 2014. Mereka menggunakan modal hasil daripada simpanan mereka sendiri. Dodol yang mereka hasilkan hanya secara kecil-kecilan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Hasil pendapatan jualan dodol mereka tidaklah memberangsangkan kerana factor bahan mentah dan juga kekurangan promosi sehingga ada segelintir penduduk setempat tidak tahu bahawa mereka menjalankan perniagaan dodol. Pendapatan bulanan yang mereka perolehi hanya sekitar RM200.00-RM350.00 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui maklumat penduduk setempat, petugas Pusat Internet Felda Sungai Tinggi menemui pasangan ini untuk menawarkan bantuan dari segi promosi dan latihan keusahawanan yang perlu mereka sertai bagi menambahkan ilmu perniagaan untuk menjamin perniagaan yang mereka usahakan ini maju dan berkembang serta mampu meraih pendapatan yang lumayan.
Langkah pertama yang Puan Norhayati lakukan ialah mendaftarkan diri sebagai ahli Pusat Internet Felda Sg. Tengi. Setiap hujung minggu beliau akan menghadiri kelas latihan ICT seperti kelas Microsoft office, kelas laman media social, latihan keusahawanan dan sebagainya.
Hasil daripada pembelajaran tersebut Puan Norhayati kini sudah tahu bahawa laman media social memainkan peranan yang cukup besar bagi memajukan lagi perniagaan yang mereka jalankan ini.
Dengan bantuan petugas Pusat Internet, Puan Norhayati kini telahpun memiliki facebook, ingstagram sendiri bagi mempromosikan perniagaan dodol ini.Beliau dapat menarik lebih ramai pelanggang dan pendapatannya kini mencecah RM3000 – RM5000.00 sebulan mengikut pada tempahan dan beberapa faktor seperti musim perayaan,musim perkahwinan,musim jualan langsung dan sebagainya.
_______________________________________________________________________________________________________________________
