mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Pn. Norhaizah A. Rahman (Q2 2017)

manjakani kak zah

USAHAWAN KAPSUL TONGKAT ALI & JAMU MANJAKANI

 Nama    : Norhaizah A. Rahman

 Umur    : 37 tahun

 Ahli      : 2016

Latar belakang

Norhaizah juga lebih dikenali dengan panggilan Kak Zah, adalah salah seorang daripada anak peneroka Felda Sg. Tengi yang telah berkahwin dan menetap di Felda Sg. Tengi bersama keluarganya. Untuk membantu suaminya dalam menambah pendapatan untuk keluarganya, Norhaizah menghasilkan sendiri  Jamu Manjakani dan Kapsul Tongkat Ali untuk dijual. Selain itu, beliau turut menyediakan perkhidmatan berurut dan berlulur.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penglibatan beliau bersama Pusat Intrenet, beliau hanya mempromosikan dan menjual produk serta perkhidmatannya hanya kepada keluarga terdekat, jiran-jiran dan warga komuniti Felda Sg. Tengi sahaja. Beliau tidak mahir untuk menggunakan platform  laman social seperti facebook bagi mempromosikan produknya kepada pelanggan luar. Disamping itu, beliau juga tiada kemahiran menggunakan computer dan tiada pengetahuan yang luas mengenai computer, laman social dan sebaginya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas menjadi ahli Pusat Internet di Felda Sg. Tengi, beliau menghadiri kelas Asas Komputer. Melaui kelas ini, beliau dapat memahirkan diri dalam menggunakan computer dengan lebih baik daripada sebelumnya. Selain itu, beliau juga mengikuti Kelas Media Sosial dan Latihan Keusahawanan. Melalui Kelas media social, beliau dibimbing untuk membuat akaun facebook, diajar untuk mempromosikan produk di laman social, mengambil tempahan daripada pelanggan ‘online’, belajar menggunakan sistem bayaran atas talian dan sebagainya. Oleh yang demikian, beliau dapat mempromosikan produknya kepada pelanggan luar dan melalui kaedah ini, produk ‘homemade’nya lebih mendapat sambutan dan ini dapat membantu beliau meningkatkan jumlah pendapatan keluarganya. Kini, beliau sering mengemaskini facebooknya untuk menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli produk dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh beliau.

______________________________________________________________________________________________________________________