USAHAWAN MAKANAN & MINUMAN (BOMBOLONI LELEH, AIR JAGUNG KLEBANG ORI & TEH AIS TEMBOK TERANGKAT)
|
Nama : Norazmila bt Anuar Umur : 36 tahun Ahli : 2013 |
Latar belakang
Norazmila atau mesra disapa sebagai Mell merupakan anak ke 3 daripada 5 bersaudara. Beliau telah dikurniakan 4 orang cahayamata, dua orang puteri dan dua orang putera hasil daripada perkahwinan bersama cinta hatinya Hairolnizam bin Rashid. Antara produk makanan beliau ialah bomboloni leleh, air jagung klebang ori dan teh ais tembok terangkat.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM1000 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
-
- Mell merupakan salah seorang komuniti yang terawal menjadi ahli Pusat Internet. Beliau mengikuti kelas-kelas ICT termasuk kelas Asas Komputer, Kelas Kemahiran Komputer seperti Microsoft, Publisher, Photoshop dan Movie Maker. Melalui kelas Publisher dan Photoshop, beliau dapat mempelajari cara-cara mudah untuk mengedit gambar dan menggunakan gambar tersebut untuk mempromosikan perkhidmatannya di laman sosial. Selain itu, beliau juga diajar langkah-langkah yang mudah dalam mempromosikan perniagaannya di laman social seperti Facebook dan Instagram. Beliau diajar cara untuk mempromosi produk, mengambil tempahan, membuat bayaran atas talian dan mengemaskini ‘feedback’ pelanggan di laman social. Menurutnya lagi, dengan ilmu yang telah dipelajari di PI, ianya dapat membantu beliau dalam menguruskan perniagaan atas taliannya dengan lebih baik dan dapat meningkatkan lagi jumlah pendapatannya kerana dapat lebih ramai pelanggan di laman social. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM2000 sebulan.
_______________________________________________________________________________________________________________________
