USAHAWAN MAKANAN (NASI AYAM, KUIH TAKO, JELI KELAPA, KERISIK)
|
Nama : Pn. Nor Azlina binti Othman Umur : 37 tahun Ahli : 2016 |
Latar belakang
Usahawan makanan (nasi ayam, kuih tako, jeli kelapa, kerisik)
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Puan Alin merupakan seorang surirumahtangga sepenuh masa. Disebabkan bebanan perbelanjaan yang saban hari semakin meningkat, Puan Alin tekad untuk membantu meringankan beban suaminya yang hanya bekerja sendiri. Puan Alin mula memberanikan diri menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menjual makanan seperti nasi ayam madu, kuih tako, jelly kelapa, kerisik dan sabun kecantikan untuk wanita dan menjadi pengedar produk kecantikan wanita. Kadangkala Puan menerima tempahan Katering.
Pendapatan beliau sekitar RM200.00 hingga RM300.00 sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah menjadi ahli Pusat Internet di sini. beliau berpeluang menggunakan perkhidmatan Kelas ICT yang diadakan di PI secara percuma. Di PI, beliau mengikuti kelas-kelas ICT termasuk kelas Asas Komputer, Kelas Kemahiran Komputer seperti Microsoft, Publisher, Photoshop dan Movie Maker. Melalui kelas Publisher dan Photoshop, beliau dapat mempelajari cara-cara mudah untuk mengedit gambar dan menggunakan gambar tersebut untuk mempromosikan perkhidmatannya di laman sosial.
Selain itu, beliau juga diajar langkah-langkah yang mudah dalam mempromosikan perniagaannya di laman social seperti Facebook dan Instagram. Beliau diajar cara untuk mempromosi produk, mengambil tempahan, membuat bayaran atas talian dan mengemaskini ‘feedback’ pelanggan di laman social. Menurutnya lagi, dengan ilmu yang telah dipelajari di PI, ianya dapat membantu beliau dalam menguruskan perniagaan atas taliannya dengan lebih baik dan dapat meningkatkan lagi jumlah pendapatannya kerana dapat lebih ramai pelanggan di laman social.
Pendapatan beliau kini mencecah RM1000 – RM1500.00 sebulan mengikut pada tempahan yang dibuat.
_______________________________________________________________________________________________________________________
