USAHAWAN MAKANAN (LAUK-PAUK, NASI AYAM & KUIH MUIH)
|
Nama : Nor Alina binti Mohd Yusa Umur : 31 tahun Ahli : 2016 |
Latar belakang
Alina binti Mohd Yusa yang lebih mesra disapa Ina adalah anak kepada peneroka Felda Sg. Tengi. Beliau telah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahayamata, seorang puteri dan seorang putera. Antara produk beliau ialah makanan (lauk-pauk, nasi ayam dan kuih-muih).
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Puan Alina kurang mahir menggunakan komputer. Beliau hanya mempromosikan perkhidmatannya kepada komuniti setempat dengan hanya bualan mulut ke mulut. Pendapatan bulanan beliau sekitar RM200 – RM300 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Beliau merupakan seorang surirumahtangga sepenuh masa. Saranan daripada sahabat baiknya yang menyarankan Puan Alina mengunjungi Pusat Internet Felda Sg. Tengi telah menjadi titik tolak untuk kejayaan yang dikecapinya saat ini. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kesungguhan beliau dalam mengikuti setiap bengkel atau kelas usahawan di Pusat internet, pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM2000 sebulan.
_______________________________________________________________________________________________________________________
