USAHAWAN PRODUK KESIHATAN & KECANTIKAN WANITA)
|
Nama : Nor Aini bt Yarus Umur : 33 tahun Ahli : 2018 |
Latar belakang
Nor Aini bt Yarus atau nama samarannya Aini Aiman merupakan anak ke 2 daripada 5 bersaudara. Beliau telah dikurniakan 3 orang cahayamata, seorang puteri dan dua orang putera hasil daripada perkahwinan bersama cinta hatinya Mohd Aiman bin Bohari. Antara produk beliau ialah jamu khusus untuk wanita. Beliau juga menjadi pengedar produk kecantikan wanita.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Puan Aini hanya menjual jamu dan produk kecantikan kepada jiran-jiran terdekat dan rakan-rakan sekampung. Pendapatan bulanan beliau sekitar RM200 – RM300 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
-
- Beliau merupakan seorang surirumahtangga sepenuh masa. Saranan daripada sahabat baiknya yang menyarankan Puan Aini mengunjungi Pusat Internet Felda Sg. Tengi telah menjadi titik tolak untuk kejayaan yang dikecapinya saat ini. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kesungguhan beliau dalam mengikuti setiap bengkel atau kelas usahawan di Pusat internet, pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM2000 sebulan.
_______________________________________________________________________________________________________________________
