KEUSAHAWANAN – Pn. Noormawati Binti Kamarudin (Q1 2017)

Kisah Kejayaan | 13 February 2019

USAHAWAN KEK 

 Nama    : Noormawati Binti Kamarudin

 Umur    : 33 tahun

 Ahli      : 2015

Latar belakang

Noormawati adalah anak peneroka Felda Sungai Tengi.Beliau mula menceburkan diri dalam perniagaan menjual kek dan kuih muih pada Januari 2016. Beliau menghasilkan pelbagai jenis kek mengikut hari keraian yang ditempah oleh pelanggan seperti kek hari jadi, kek ulangtahun perkahwinan dan turut menerima tempahan kek untuk majlis perkahwinan dan pertunangan. Selain itu, beliau juga membuat pelbagai jenis kuih-muih tradisional dan moden

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Menurut Noormawati sendiri, sebelum beliau melibatkan diri dengan Pusat Internet, beliau kurang mahir dalam penggunaan computer dan ICT. Beliau hanya menjual dan mengambil tempahan kek dan kuih-muih daripada ahli keluarga, jijran-jiran, rakan-rakan dan masyarakat setempat sahaja. Beliau juga tidak mahir dalam mempromosikan kek dan kuih-muihnya di dalam media social seperti Facebook.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas mengikuti kelas asas pengenalan computer di Pusat Intrenet, beliau dapat meningkatkan kemahiran dalam penggunaan computer dan mempelajari lebih dalam tentang ilmu ICT. Selain itu, beliau turut mengikuti kursus usahawan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Felda Sungai Tengi. Dengan tunjuk ajar dan bantuan daripada petugas, beliau dapat menimba ilmu mengenai langkah dan kaedah yang betul dalam mempromosikan produknya di dalam media social seperti Facebook serta dapat belajar cara mengambil tempahan daripada pelanggan atas talian. Melalui kaedah perniagaan atas talian ini, permintaan terhadap produknya semakin meningkat kerana beliau turut mendapat tempahan daripada pelanggan yang tinggal luar dari kawasan Felda Sungai Tengi. Pendapatan beliau juga semakin meningkat dan memberangsangkan.

_______________________________________________________________________________________________________________________