mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Pn. Noly Azwahiza Binti Baharom (Q2 2016)

Satay Ayam Goreng

USAHAWAN SATAY AYAM GORENG

 Nama    : Noly Azwahiza Binti Baharom

 Umur    : 38 tahun

 Ahli      : 2013

Latar belakang

Satay Ayam Goreng merupakan produk yang diusahakan oleh Pn. Noly Azwahiza dan suaminya di dataran pasar Felda Sg. Tengi. Perniagaan beliau telah dijalankan selama 3 tahun bermula daripada tahun 2013 sehingga kini. Pn. Noly merupakan kakitangan tangan awam yang bekerja sebagai pegawai pustakawan Felda Sg. Tengi.

     Namun bagi menampung dan menyara perbelanjaan bekeluarga dan cabaran dari arus ekonomi pada masa kini, beliau dan suaminya telah membuat keputusan untuk membuat perniagaan satay ayam goreng secara separuh masa bagi meningkatkan pendapat keluarga mereka.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum menjadi ahli Pusat Internet ,perniagaan beliau dan suaminya hanyalah tertumpu di Felda Sg. Tengi sahaja dan pelanggan mereka tidak begitu ramai jika hendak dibandingkan dengan peniaga-peniaga ayam goreng lain seperti “uncle bob”, dan sebagainya.

    Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM250.00– RM300.00 sahaja sebulan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Latihan ICT secara PERCUMA yang diajarkan di Pusat Internet menarik minat beliau untuk menjadi salah seorang ahli Pusat Internet. Pn Noly didedahkan kepada perniagaan secara atas talian bagi meningkatkan daya tarikan dan meluaskan lagi promosi dan pengiklanan produk beliau. Antara cara yang disarankan adalah melalui penghasilan Blog. Dengan inisiatif dan keazaman yang kuat untuk memajukan diri,beliau belajar dengan bersungguh-sungguh dan berjaya menjadi salah seorang usahawan online bagi mengiklankan dan memasarkan produknya samada untuk program ataupun keramaian seperti masjis perkahwinan, kesyukuran, hari bersama dan lain-lain.

Kini permintaan terhadap produk beliau semakin meningkat, dan pendapat Pn. Noly pada masa kini begitu memberansangkan kerana boleh mencecah hingga RM 3000 hingga RM 4000 sebulan

_______________________________________________________________________________________________________________________