USAHAWAN MENJAHIT PAKAIAN & AKSESORI
|
Nama : Hawa bt Ajmain Umur : 32 tahun Ahli : 2017 |
Latar belakang
Puan Hawa merupakan seorang suri rumahtangga sepenuh masa. Beliau ingin mengurangkan beban suaminya yang seorang buruh. Rentetan daripada itu, beliau bertekad untuk mengikuti kelas jahitan KEMAS. Kini, beliau mahir untuk menjahit pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak. Selain itu, beliau juga menghasilkan kraftangan seperti beg, bekas pensil dan sebagainya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM300 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
-
- Beliau disarankan oleh sahabat baik beliau supaya mengunjungi Pusat Internet berhampiran untuk mempelajari ilmu perniagaan secara atas talian. Berkat usaha beliau mengikuti kelas dan program Pusat Internet, pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM700 – RM1000 sebulan.
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________
