USAHAWAN PRODUK KESIHATAN WANITA
|
Nama : Fara Hana bt Bahari Umur : 31 tahun Ahli : 2013 |
Latar belakang
Puan Nur Fara Hana binti Bahari, yang lebih mesra disapa Ara, adalah anak kepada peneroka Felda Sg. Tengi juga merupakan generasi kedua bagi Felda ini. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaymata. Seorang puteri dan seorang puteri. Beliau merupakan surirumah tangga sepenuh masa. Tetapi merasakan perbelanjaan isi rumah yang semakin meningkat ditambah lagi keadaan ekonomi sekarang yang meruncing, Ara mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan secara atas talian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM1000 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
-
- Ara merupakan salah seorang komuniti yang terawal menjadi ahli Pusat Internet. Beliau mengikuti kelas-kelas ICT termasuk kelas Asas Komputer, Kelas Kemahiran Komputer seperti Microsoft, Publisher, Photoshop dan Movie Maker. Melalui kelas Publisher dan Photoshop, beliau dapat mempelajari cara-cara mudah untuk mengedit gambar dan menggunakan gambar tersebut untuk mempromosikan perkhidmatannya di laman sosial. Selain itu, beliau juga diajar langkah-langkah yang mudah dalam mempromosikan perniagaannya di laman social seperti Facebook dan Instagram. Beliau diajar cara untuk mempromosi produk, mengambil tempahan, membuat bayaran atas talian dan mengemaskini ‘feedback’ pelanggan di laman social. Menurutnya lagi, dengan ilmu yang telah dipelajari di PI, ianya dapat membantu beliau dalam menguruskan perniagaan atas taliannya dengan lebih baik dan dapat meningkatkan lagi jumlah pendapatannya kerana dapat lebih ramai pelanggan di laman social. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM2000 sebulan.
_______________________________________________________________________________________________________________________
