
Usahawan Vendor (Zaty Foodies)
Latar Belakang
Nurul Shafiqa Izati Binti Zairuddin merupakan generasi ke-tiga Felda. Beliau sememangnya berasal daripada Felda Sungai tengi. Beliau merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Namun atas faktor ingin membantu menambahkan pendapatan keluarga, Puan Zatty mula menceburi perniagaan makanan. kepada jiran-jiran terdekat dan sahabat setempat. pendapatan yang diperolehi sekitar RM200-RM300 sebulan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Menurut Puan Zatty sendiri, sebelum beliau datang mempelajari ilmu ICT beliau kurang mahir dalam penggunaan computer dan ICT. Beliau hanya menjual dan mengambil tempahan makanan daripada ahli keluarga, jijran-jiran, rakan-rakan dan masyarakat setempat sahaja. Beliau juga tidak mahir dalam mempromosikan kek dan kuih-muihnya di dalam media social seperti Facebook.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas mengikuti kelas asas pengenalan computer di NADI, beliau dapat meningkatkan kemahiran dalam penggunaan computer dan mempelajari lebih dalam tentang ilmu ICT. Selain itu, beliau turut mengikuti kursus usahawan yang dianjurkan oleh NADI Felda Sungai Tengi. Dengan tunjuk ajar dan bantuan daripada petugas, beliau dapat menimba ilmu mengenai langkah dan kaedah yang betul dalam mempromosikan produknya di dalam media social seperti Facebook, Instagrams, Whatapps serta dapat belajar cara mengambil tempahan daripada pelanggan atas talian. Melalui kaedah perniagaan atas talian ini, permintaan terhadap produknya semakin meningkat kerana beliau turut mendapat tempahan daripada pelanggan yang tinggal luar dari kawasan Felda Sungai Tengi. Pendapatan beliau juga semakin meningkat dan memberangsangkan.
Produk-produk Usahawan


