USAHAWAN PRODUK KESIHATAN WANITA DAN AKSESORI WANITA
Nama : Nur Fara Hana bint Bahari Umur : 36 tahun Ahli : 2013 |
Latar Belakang
Puan Nur Fara Hana binti Bahari, yang lebih mesra disapa Ara, berasal daripada Sg. Choh, Rawang dan telah mendirikan rumahtangga dengan anak kepada peneroka Felda Sg. Tengi juga merupakan generasi kedua bagi Felda ini. Hasil dari perkahwinan ini, mereka dikurniakan sepasang cahaymata. Beliau merupakan surirumah tangga sepenuh masa. Tetapi merasakan perbelanjaan isi rumah yang semakin meningkat ditambah lagi keadaan ekonomi sekarang yang meruncing, Ara mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan secara atas talian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NaDi
Menurut, ,Ara sendiri, beliau kurang mahir menggunakan komputer. Beliau hanya mengetahui secara asas sahaja tentang penggunaan komputer. Di samping itu, beliau juga tidak mempunyai pengetahuan mengenai perisian computer seperti Microsoft Office, aplikasi canva, ChatGPT dan lain-lain. Selain itu, beliau juga tidak mahir dalam mempromosikan perkhidmatan beliau di laman social. Beliau hanya mempromosikan perkhidmatannya kepada komuniti setempat, kejiranan dan sahabat terdekat sahaja
Selepas penggunaan ICT/penglibatan NaDi
1.Beliau memperoleh kemahiran asas dalam menggunakan komputer dan perisian seperti Microsoft Word, Excel, dan Power Point.
- 2.Beliau mampu mengakses kepada pelbagai sumber maklumat dan sumber daya dalam talian dengan lebih mudah.
- 3.Beliau dapat mempelajari cara-cara mudah untuk mengedit gambar dan menggunakan gambar tersebut untuk mempromosikan perkhidmatannya di laman sosial.
- 4.Selain itu, beliau juga diajar langkah-langkah yang mudah dalam mempromosikan perniagaannya di platform shopee, facebook, tiktoks, whatapps dan Instagram.
- 5.Beliau diajar cara untuk mempromosi produk, mengambil tempahan, membuat bayaran atas talian dan mengemaskini ‘feedback’ pelanggan di laman social.
- 6.Menurutnya lagi, dengan ilmu yang telah dipelajari di NaDi, ianya dapat membantu beliau dalam menguruskan perniagaan atas taliannya dengan lebih baik dan dapat meningkatkan lagi jumlah pendapatannya kerana dapat lebih ramai pelanggan di laman social.