
Usahawan Makanan dari Rumah
Latar belakang
Nor Baizura binti Abdul Samad, yang lebih mesra disapa PuanZura, berasal dari Kampung Parit 16, Sg. Panjang, Kuala Selangor. Beliau merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Namun atas faktor ingin membantu menambahkan pendapatan keluarga, Puan Zatty mula menceburi perniagaan makanan. Beliau menjual kepada jiran-jiran terdekat dan sahabat setempat. pendapatan yang diperolehi sekitar RM200-RM300 sebulan..
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Menurut, Puan Zura sendiri, beliau memang tidak ada asas untuk menjalankan perniagaan pada awalnya. Beliau hanya menjual dan mengambil tampahan daripada jiran-jiran serta sahabat terdekat sahaja. Kerana kekurangan akses untuk menjalan perniagaan secara atas talian.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Apabila beliau mendaftar ahli di NADI, beliau berpeluang menggunakan perkhidmatan Kelas ICT yang diadakan di NADI secara percuma. Di NADI, beliau mengikuti kelas-kelas ICT termasuk kelas Asas Komputer, Kelas Kemahiran Komputer seperti Microsoft, Publisher, Photoshop dan Movie Maker. Melalui kelas Publisher dan Photoshop, beliau dapat mempelajari cara-cara mudah untuk mengedit gambar dan menggunakan gambar tersebut untuk mempromosikan perkhidmatannya di laman sosial. Selain itu, beliau juga diajar langkah-langkah yang mudah dalam mempromosikan perniagaannya di laman social seperti Facebook dan Instagram. Beliau diajar cara untuk mempromosi produk, mengambil tempahan, membuat bayaran atas talian dan mengemaskini ‘feedback’ pelanggan di laman social. Menurutnya lagi, dengan ilmu yang telah dipelajari di NADI, ianya dapat membantu beliau dalam menguruskan perniagaan atas taliannya dengan lebih baik dan dapat meningkatkan lagi jumlah pendapatannya kerana dapat lebih ramai pelanggan di laman sosial.
Produk-produk Usahawan


