USAHAWAN KEK DAN PASTRI
Nama : Noormawati Binti Kamaruddin Umur : 39 tahun Ahli : 2015 |
Latar Belakang
Noormawati binti Kamaruddin merupakan generasi ke-dua Felda. Beliau berasal daripada Felda Jengka, Pahang. Beliau mengikuti suaminya berpindah ke Felda Sg.Tengi. Suaminya merupakan operator kilang sawit yang berkhidmat di Felda Sg. Tengi. Beliau merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Namun atas faktor ingin membantu menambahkan pendapatan keluarga, Puan Noormawati mula menceburi perniagaan bakery. Pada permulaannya Puan watie hanya menjual kek dan pastry kepada jiran-jiran terdekat dan sahabat setempat. pendapatan yang diperolehi sekitar RM200-RM300 sebulan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Menurut Puan Noormawati sendiri, sebelum beliau datang mempelajari ilmu ICT beliau kurang mahir dalam penggunaan computer dan ICT. Beliau hanya menjual dan mengambil tempahan kek dan kuih-muih daripada ahli keluarga, jijran-jiran, rakan-rakan dan masyarakat setempat sahaja. Beliau juga tidak mahir dalam mempromosikan kek dan kuih-muihnya di dalam media social seperti Facebook.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas mengikuti kelas asas pengenalan computer di PEDi, beliau dapat meningkatkan kemahiran dalam penggunaan computer dan mempelajari lebih dalam tentang ilmu ICT. Selain itu, beliau turut mengikuti kursus usahawan yang dianjurkan oleh PEDi Felda Sungai Tengi. Dengan tunjuk ajar dan bantuan daripada petugas, beliau dapat menimba ilmu mengenai langkah dan kaedah yang betul dalam mempromosikan produknya di dalam media social seperti Facebook, Instagrams, Whatapps serta dapat belajar cara mengambil tempahan daripada pelanggan atas talian. Melalui kaedah perniagaan atas talian ini, permintaan terhadap produknya semakin meningkat kerana beliau turut mendapat tempahan daripada pelanggan yang tinggal luar dari kawasan Felda Sungai Tengi. Pendapatan beliau juga semakin meningkat dan memberangsangkan