KEUSAHAWANAN – MUHAMMAD HISYAMMUDIN BIN ISMAIL

Kisah Kejayaan | 3 June 2026

Usahawan Syam Kitchen Mendonia

Latar Belakang

Muhammad Hisyammudin bin Ismail merupakan generasi ke-dua Felda dan sememangnya berasal daripada Felda Sungai Tengi. Mendapat Pendidikan awal di SMK Kg Soeharto dan kemuadian menyambung pengajian dalam bidang Diploma Food & Beverage di Kolej Yayasan Felda Mempaga, Pahang selama 2 tahun, Beliau bermula dengan menjual Air Balang pada bulan Ramadan. Pendapatan yang diperolehi sekitar RM400-RM700.00.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dengan kaedah tradisional dan kurang pendedahan kepada pemasaran dan pengurusan yang sistematik, menyebabkan perniagaan agak terhad.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan NADI

Melalui kelas dan latihan yang disediakan oleh NADI, beliau mempelajari kemahiran pemasaran digital, penggunaan media sosial serta pengurusan perniagaan yang lebih sistematik.

Hasil ilmu yang diperoleh, beliau berjaya membuka kedai makan SYAM KICTHEN MENDONIAAA yang menjual ayam gepuk dan pelbagai masakan barat.  Jualan perniagaan semakin meningkat dan pendapatan bulanan turut bertambah. Selain membantu meningkatkan ekonomi keluarga, beliau juga berjaya mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.