mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – En. Sharil Nizam Bin Mohd Jaini (Q4 2018)

Emerald Burger

USAHAWAN BURGER “HOMEMADE DOBOT PATTIES” (EMERALD BURGER)

 Nama    : Sharil Nizam Bin Mohd Jaini

 Umur    : 39 tahun

 Ahli      : 2018

Latar belakang

En. Sharil Nizam bin Jaini atau lebih dikenali dengan nama “Dobot” merupakan anak jati Felda Sungai Tengi. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Tengi dan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kampong Soeharto Beliau mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihan hati dan dikurnikan 4 orang cahayamata. Beliau menjalankan perniagaan gerai burger yang menggunakan pattie homemade. Beliau menggunakan resepi sendiri untuk menghasilkan daging burger.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan,

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Atas dorongan kawan-kawan dan isteri tercinta, beliau mengunjungi Pusat Internet Felda Sg.Tengi untuk mengikuti kelas latihan ICT serta kelas keusahawanan bagi memantapkan lagi ilmu perniagaan yang sedia ada. Beliau kini telah memiliki akaun facebook yang bertujuan untuk mempromosikan perniagaan beliau. Melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM1500 sebulan.

____________________________________________________________________________________________________________________________