USAHAWAN MAKANAN YONG TAU FU
|
Nama : En. Muhammad Azizul bin Hj. Hamed Umur : 34 tahun Ahli : 2019 |
Latar belakang
Usahawan makanan (yong tau fu)
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum ini, beliau menetap dan bekerja di Kuala Lumpur. Tetapi merasakan perbelanjaan isi rumah yang semakin meningkat ditambah lagi keadaan ekonomi sekarang yang meruncing, beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan pulang menetap di Kampung. Pada peringkat awalnya, En. Azizul hanya berniaga dari rumah ke rumah khasnya untuk jiran tetangga yang terdekat sahaja.
Pendapatan beliau sekitar RM150.00 hingga RM200.00 sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah menjadi ahli Pusat Internet di sini. beliau berpeluang menggunakan perkhidmatan Kelas ICT yang diadakan di PI secara percuma. Di PI, beliau mengikuti kelas-kelas ICT termasuk kelas Asas Komputer, Kelas Kemahiran Komputer seperti Microsoft, Publisher, Photoshop dan Movie Maker. Melalui kelas Publisher dan Photoshop, beliau dapat mempelajari cara-cara mudah untuk mengedit gambar dan menggunakan gambar tersebut untuk mempromosikan perkhidmatannya di laman sosial.
Selain itu, beliau juga diajar langkah-langkah yang mudah dalam mempromosikan perniagaannya di laman social seperti Facebook dan Instagram. Beliau diajar cara untuk mempromosi produk, mengambil tempahan, membuat bayaran atas talian dan mengemaskini ‘feedback’ pelanggan di laman social. Menurutnya lagi, dengan ilmu yang telah dipelajari di PI, ianya dapat membantu beliau dalam menguruskan perniagaan atas taliannya dengan lebih baik dan dapat meningkatkan lagi jumlah pendapatannya kerana dapat lebih ramai pelanggan di laman social.
Pendapatan beliau kini mencecah RM1200 – RM1800.00 sebulan mengikut pada tempahan yang dibuat.
_______________________________________________________________________________________________________________________
