USAHAWAN SAJIAN DESA KATERING
|
Nama : Mahmud Faizul Umur : 40 tahun Ahli : 2014 |
Latar belakang
Mahmud Faizul, yang lebih mesra disapa Zul, adalah anak kepada peneroka Felda Sg. Tengi juga merupakan generasi kedua bagi Felda ini. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Sebelum ini, beliau hanya menolong ayahnya mengurus kedai makan yang terletak di Felda Sg. Tengi, namun setelah ayahnya tidak mampu lagi untuk menguruskan kedai makannya, Zul mengambil alih dan sekarang beliau menjadi Pengurus bagi Sajian Desa Catering. Selain daripada menjual makanan sarapan dan tengahhari, beliau turut menawarkan perkhidmatan katering bagi majlis keraian seperti majlis perkahwinan, pertunangan, akikah dan sebagainya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Menurut, ,Mahmud Faizul sendiri, beliau kurang mahir menggunakan computer pada awalnya kerana kurang menggunakan computer sama ada di rumah atau ditempat kerja. Beliau hanya mengetahui secara asas sahaja tentang penggunaan computer. Di samping itu, beliau juga tidak mempunyai pengetahuan mengenai perisian computer seperti Microsoft Power Point, Painting, Movie Maker dan Publisher. Selain itu, beliau juga tidak mahir dalam mempromosikan perkhidmatan beliau di laman social. Beliau hanya mempromosikan perkhidmatannya kepada komuniti setempat, kejiranan dan sahabat terdekat.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Walau bagaimanapun, setelah menjadi ahli Pusat Internet di Felda Sg. Tengi, beliau berpeluang menggunakan perkhidmatan Kelas ICT yang diadakan di Pusat Internet secara percuma. Di Pusat Internet, beliau mengikuti kelas-kelas ICT termasuk kelas Asas Komputer, Kelas Kemahiran Komputer seperti Microsoft, Publisher, Photoshop dan Movie Maker. Melalui kelas Publisher dan Photoshop, beliau dapat mempelajari cara-cara mudah untuk mengedit gambar dan menggunakan gambar tersebut untuk mempromosikan perkhidmatannya di laman sosial. Selain itu, beliau juga diajar langkah-langkah yang mudah dalam mempromosikan perkhidmatannya di laman social seperti Facebook dan Instagram. Beliau diajar cara untuk mempromosi produk, mengambil tempahan, membuat bayaran atas talian dan mengemaskini ‘feedback’ pelanggan di laman social. Menurutnya lagi, dengan ilmu yang telah dipelajari di Pusat Internet, ianya dapat membantu beliau dalam menguruskan perniagaan atas taliannya dengan lebih baik dan dapat meningkatkan lagi jumlah pendapatannya kerana dapat lebih ramai pelanggan di laman social.
___________________________________________________________________________________________________________________
