mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Cik Nor Baizura binti Abdul Samat (Q3 2020)

gubahan ara zura megabell

USAHAWAN GUBAHAN HANTARAN & BUNGA TELUR

 Nama    : Cik Nor Baizura binti Abdul Samat

 Umur    : 28 tahun

 Ahli      : 2020

Latar belakang

Usahawan gubahan hantaran & bunga telur

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Cik Nor Baizura  binti Abdul Samad, yang lebih mesra disapa Zura, berasal dari Kampung Parit 16, Sg. Panjang, Kuala Selangor. Beliau menetap di Felda Sg. Tengi bersama keluarga, Ibu tercinta merupakan seorang guru tadika KEMAS yang mengajar di Felda Sg. Tengi. Beliau akan menamatkan zaman bujangnya dengan Mohd Razi bin Ismail yang merupakan generasi ke dua jejaka yg berasal dari Felda Sg. Tengi pada 26 September 2020 penghujung bulan ini Beliau merupakan graduan daripada MSU Collage di Shah Alam. Disebabkan sukar memperolehi pekerjaan pada waktu sekarang ini,  beliau mengambil keputusan untuk  secara  berniaga secara kecil-kecilan.

Pendapatan beliau sekitar RM150.00 hingga RM200.00 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah menjadi ahli Pusat Internet di sini. beliau berpeluang menggunakan perkhidmatan Kelas ICT yang diadakan di PI secara percuma. Di PI, beliau mengikuti kelas-kelas ICT termasuk kelas Asas Komputer, Kelas Kemahiran Komputer seperti Microsoft, Publisher, Photoshop dan Movie Maker. Melalui kelas Publisher dan Photoshop, beliau dapat mempelajari cara-cara mudah untuk mengedit gambar dan menggunakan gambar tersebut untuk mempromosikan perkhidmatannya di laman sosial.

Selain itu, beliau juga diajar langkah-langkah yang mudah dalam mempromosikan perniagaannya di laman social seperti Facebook dan Instagram. Beliau diajar cara untuk mempromosi produk, mengambil tempahan, membuat bayaran atas talian dan mengemaskini ‘feedback’ pelanggan di laman social. Menurutnya lagi, dengan ilmu yang telah dipelajari di PI, ianya dapat membantu beliau dalam menguruskan perniagaan atas taliannya dengan lebih baik dan dapat meningkatkan lagi jumlah pendapatannya kerana dapat lebih ramai pelanggan di laman social.

Pendapatan beliau kini mencecah RM500.00 – RM800.00 sebulan mengikut pada tempahan yang dibuat.

_______________________________________________________________________________________________________________________