mcmc
Kemudahan Asas

Kemudahan Asas

dhsl

 

DEWAN SERBAGUNA HAJI SAAD LATIF

Nama dewan ini diambil sempena nama bekas Ketua Peneroka Felda Sg Tengi En Haji Saad bin Latif

 

PERPUSTAKAAN DESA FELDA SG TENGI

Merupakan perpustakaan desa dan juga gabungan dengan KEMAS

perpustakaan dewa

 

PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI TITIAN MURNI

PPDK merupakan tempat untuk pembangunan komuniti setempat yang dikhususkan untuk Golongan Kelainan Upaya (OKU)

pusat pemulihan

TABIKA KEMAS RAUDHATUL ILMU

Tabika ini menempatkan kanak – kanak yang berumur 4 – 6 tahun

tabika kemas

TAMAN PERMAINAN

Tempat permainan ini berada di seberang jalan dan berhadapan dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Felda Sg Tengi

Taman Permainan

PONDOK POLIS

Merupakan tempat dimana komuniti boleh melaporkan kes-kes seperti kecurian, kemalangan dan lain-lain

pondok polis

 

GELANGGANG FUTSAL DAN SEPAK TAKRAW

Felda Sg Tengi menyediakan gelanggang bola sepak dan sepak takraw untuk kegunaan kumuniti. Tempat ini juga dijadikan tempat untuk bertanding pertandingan bola jaring.antara kampung.

WhatsApp Image 2023 12 19 at 14.50.48WhatsApp Image 2023 12 19 at 14.51.08

 

MAJLIS PENYERAHAN MASJID SUNGAI TENGI

Program : Majlis Penyerahan Masjid Noor Hidayah Felda Sg. Tengi
Tarikh : 29 Januari 2015 (Khamis)
Tempat : Masjid Noor Hidayah Felda Sg. Tengi

SG TENGI, HULU SELANGOR – 29 Januari 2015, telah berlangsungnya majlis penyerahan Masjid Noor Hidayah Felda Sg Tengi yang bertempat di perkarangan Masjid Noor Hidayah Felda Sg Tengi. Sebahagian kos pembinaan projek ini menggunakan peruntukan yang telah diluluskan oleh YAB Perdana Menteri iaitu sebanyak RM 3 juta manakala bakinya ditanggung oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Jumlah keseluruhan kos bagi projek ini adalah sebanyak RM 5,272,882.37.Turut hadir pada majlis tersebut adalah Y.D.H. Dato’ Haji Aman Shah Bin Mohd Shahar,Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor, pegawai-pegawai dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor,Jabatan Kerja Raya Daerah Hulu Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor,pihak Kontraktor dan perunding dan juga wakil dari Pejabat Felda. Dalam Majlis Penyerahan Kunci tersebut, pihak Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor telah diwakili oleh Y.Bhg Dato’ Mohd Rosli Bin Ramli, Pegawai Kemajuan Negeri, JKR pula diwakili oleh Tuan Ir. Abd Hamid Bin Md Daud selaku Timbalan Pengarah JKR manakala JAIS diwakili oleh Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Bangunan) En Shamsul Akmal Bin Abd Aziz. Sesi penyerahan kunci tersebut juga turut disaksikanoleh Y.D.H. Dato’ Haji Aman Shah Bin Mohd Shahar, Orang Besar daerah Hulu Selangor dan Pengurus Besar Felda Wilayah Trolak, Tuan Haji Mohd Mokhtar Bin Lateh.

 masjid sungai tengi