|
Tarikh : 19 Oktober 2018 (Jumaat) Masa : 3.00 – 5.30 petang Lokasi : Pusat Internet Felda Sg Tengi Peserta : Pelajar Sekolah Rendah Agama Felda Sg Tengi |
Tujuan
Program ini telah disertai oleh pelajar Tahun 6 Sekolah Rendah Agama Felda Sg Tengi. Tujuan utama Kelas Bimbingan Microsoft Power Point ini diadakan adalah untuk memenuhi program selepas PSRA di samping membimbing para pelajar menggunakan Microsoft Power Point.
Aktiviti
Petugas memberi panduan dan tunjuk ajar kepada para peserta bagaimana cara-cara menyediakan slide presentation mengenai “MALAYSIAKU NEGARAKU” menggunakan Microsoft Power Point.