Kelas Adobe Photoshop (Golongan Suri Rumah)
Selain pembelajaran kepada pelajar sekolah dan kanak-kanak, golongan suri sumah juga tidak ketinggalan dalam mempelajari ilmu ICT di Pusat Internet. Pembelajaran menggunakan Adobe Photoshop dalam menghasilkan iklan merupakan subjek yang sesuai bagi golongan suri rumah kerana kebanyakan produk yang dikeluarkan oleh golongan ushawan yang diterajui oleh suri rumah memerlukan kemahiran dalam mengiklankan produk mereka dengan berkesan.
Tarikh : 11 Febuari 2016
Masa : 3 petang – 5 petang
Tempat : Pusat Internet Felda Sg. Tengi