Klik Dengan Bijak™ atau KDB akan menjalankan kempen kesedaran terhadap literasi media dan maklumat digital di kalangan pengguna Internet di Malaysia.
Bertemakan “Positif ‘n Produktif”, kempen selama 3 bulan ini bertujuan untuk:
1-Mendidik pengguna Internet kaedah mudah menentukan kesahihan maklumat yang boleh melindungi mereka.
2-Mempromosi konsep masyarakat celik media dan maklumat di mana pengguna Internet tahu cara untuk mengakses maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai; memahami dan menilai maklumat; berkolaborasi; dan mencipta kandungan yang produktif ke arah sebuah masyarakat berperikemanusiaan.
3-Membantu pengguna Internet mengenali cara media membentuk budaya popular dan mempengaruhi pilihan peribadi.
4-Memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya peranan mereka dalam menjadikan ruang Internet sebagai ruang yang selamat dan tidak toksik.