mcmc
Laporan Aktiviti

ICT : Belajar Buat Kuiz Guna Powerpoint

Tarikh08 November 2025
Masa10.00 pagi
TempatNADI Felda Sungai Tengi
SasaranPelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Memberi pendedahan kepada pelajar cara membuat kuiz bergambar menggunakan PowerPoint serta meningkatkan minat mereka terhadap ICT dengan aktiviti yang menyeronokkan.

Aktiviti

  • Penerangan ringkas tentang fungsi hyperlink dalam PowerPoint.
  • Tunjuk cara buat kuiz menggunakan gambar dan butang pilihan jawapan.
  • Pelajar memilih gambar dan menambah teks soalan.
  • Peserta membuat pautan (link) kepada slide “Betul” dan “Salah”.
  • Uji kuiz secara interaktif dan kongsi hasil kerja masing-masing.