Cikgu Kita, Kisah Kita
#COVID19
#stayathome
#staysafe
Semarakkan sambutan Hari Guru Kebangsaan 2020 secara maya dengan berkongsi kisah istimewa bersama cikgu kesayangan anda.
1. Hantar gambar atau video berdurasi satu (1) minit paling bermakna anda bersama-sama cikgu kesayangan.
2. Nyatakan nama penuh cikgu, sekolah di mana anda bertemu cikgu, subjek yang diajar dan kenapa cikgu ini menjadi kesayangan anda. Kongsikan kepada kami detik-detik bersama-sama cikgu ini yang memberi erti besar dalam hidup anda.
3. Gunakan palang #terimakasihcikgu dan pautkan ke Instagram/Facebook @kempendidikan
4. Pastikan akaun media sosial anda sudah diumumkan bagi memudahkan kami membaca kisah yang anda kongsi.
5. Kisah terbaik akan kami kongsikan di media sosial Kementerian Pendidikan Malaysia.
SUMBER : Kementerian Pendidikan Malaysia