mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Saudara Muhammad Aiman Akil Bin Mohd Fadzir (Q3 2016)

MELAYARI YOUTUBE (MENDENGAR ALUNAN MUZIK LEMBUT), & MEWARNA ATAS TALIAN

 Nama    : Muhammad Aiman Akil Bin Mohd Fadzir

 Umur    : 18 tahun

 Ahli      : 2015

Latar belakang

Beliau merupakan seorang pelajar yang kelainan upaya di Pusat Dalam Komuniti (PDK) Felda Sg Tengi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penglibatan sebagai ahli Pusat Internet rutin harian beliau hanya di PDK dan dirumah sahaja. Pihak PDK ada membekalkan bagi setiap pelajar dengan kemudahan gajet seperti Tab dan MP3 bagi meningkatkan daya berfikir dan kreativiti pelajar-pelajarnya. Namun, bagi Muhammad Aiman, beliau merupakan seorang pelajar yang berkebolehan untuk memajukan diri dan berfikiran kreatif. Dengan adanya gajet-gajet yang diberikan oleh pihak PDK, ia mampu menjana peningkatan kreativiti mereka, namun tanpa adanya kemudahan internet (Wifi) ia menyukarkan para pelajar untuk mengakses kelaman diatas talian seperti youtube, colouring online dan lain-lain.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau sering menghadiri kelas ICT bersama rakan-rakan beliau bagi mempelajari asas-asas komputer dan laman-laman internet yang dapat meningkat daya pemikiran mereka. Dengan kerjasama daripada pihak PDK Felda Sg Tengi, mereka bersama-sama memberikan bantuan dalam mendidik para pelajar ini untuk memahami dan memberanikan diri untuk menggunakan computer. Tidak seperti rakan-rakannya yang lain, Muhammad Aiman Akil merupakan pelajar yang cepat belajar dalam menggunakan computer. Beliau amat gemar melayari laman youtube untuk mendengar lagu-lagu melayu dan alunan muzik yang terdapat didalam Youtube. Menurut guru mereka, bagi pelajar-pelajar yang mempunyai masalah seperti beliau amat sesuai untuk diberikan pendedahan kepada alunan muzik yang lembut dan tidak terlalu keras kerana ia dapat membantu mereka untuk bertenang dan dapat menghiburkan hati dan mental mereka. Begitu juga dengan Muhammad Aiman Akil, beliau sering menghadirkan diri ke Pusat Internet Felda Sg Tengi bersama Adik atau ibu bapa beliau untuk mengikuti kelas-kelas ICT yang mudah untuk difahami seperti kelas-kelas mewarna diatas talian, manfaatkan ilmu melalui tutorial dan lain-lain. Kini, beliau sudah mahir untuk menggunakan computer dengan sendiri tanpa perlu untuk dibantu lagi.

_____________________________________________________________________________________________________________________________