mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Qaseh Az Zahra Binti Hasnizam (Q4 2023)

PENGENALAN ASAS KOMPUTER & LATIHAN ICT (MICROSOFT OFFICE)

Nama    : Qaseh Az Zahra Binti Hasnizam

 Umur    : 14 tahun

 Ahli      : 2020

 

Latar Belakang

Qaseh Az Zahra Binti Hasnizam berumur 14 tahun dan bersekolah di Sekolah Men.Keb. Kg. Soeharto merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradik. Hobi beliau adalah melayari internet dan bercita-cita menjadi seorang doktor pada satu hari nanti.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan beliau dengan PEDi, Qaseh hanya melaksanakan rutin hariannya di rumah dan sekolah sahaja. Pada musim cuti sekolah, beliau hanya tinggal dirumah dan menghabiskan masanya dengan melayari internet. Dengan berbekalkan sebuah komputer dan wifi, Qaseh hanya menggunakan komputer untuk tujuan menonton video dan bermain permainan computer bersama abang-abangnya. Beliau juga tidak mahir dalam menggunakan perisian Microsoft Office seperti Microsoft Words, Power Point dan Publisher kerana tidak mempunyai ilmu tentang penggunaan ICT dengan betul dan tidak mengetahui asas-asas pengenalan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas penglibatan beliau sebagai salah seorang ahli di PEDi Felda Sg. Tengi, beliau sering menghadiri kelas ICT bersama rakan-rakan beliau bagi mempelajari asas-asas komputer, mendalami ilmu mengenai Microsoft Office serta laman-laman internet yang dapat meningkat daya pemikiran dan menguji minda